1. Apakah kursus yang ditawarkan oleh Real Barber Academy?
Real Barber Academy menawarkan kursus gunting rambut untuk pemula, termasuk kursus asas barber dan kursus intensif bagi mereka yang ingin bekerja atau memulakan bisnes barber sendiri.
2. Adakah kursus ini sesuai untuk beginner?
Ya. Kursus ini sesuai untuk mereka yang tiada pengalaman langsung dalam bidang gunting rambut.
3. Berapa lama tempoh kursus?
Tempoh kursus bergantung kepada pakej yang dipilih. Antara pilihan kursus ialah 7 hari dan 16 hari.
4. Apa yang akan saya belajar dalam kursus ini?
Pelajar akan belajar basic dan advance gunting rambut lelaki, kebersihan kerja, layanan pelanggan, dan asas kerjaya sebagai barber.
5. Adakah saya akan belajar secara teori sahaja?
Tidak. Kursus ini menggabungkan pembelajaran teori dan latihan praktikal supaya pelajar lebih yakin menggunting rambut sebenar.
6. Adakah peralatan disediakan semasa kursus?
Peralatan asas latihan akan disediakan semasa kelas. Untuk kegunaan sendiri selepas kursus, pelajar digalakkan memiliki set peralatan barber sendiri.
7. Adakah sijil diberikan selepas tamat kursus?
Ya. Pelajar akan menerima sijil penyertaan selepas menamatkan kursus.
8. Adakah Real Barber Academy membantu pelajar mendapatkan pekerjaan?
Real Barber Academy memberi bimbingan kerjaya dan pendedahan industri kepada pelajar. Pelajar yang menunjukkan prestasi baik berpeluang dibantu untuk mencari peluang pekerjaan dalam bidang barber.
9. Bolehkah saya buka kedai barber sendiri selepas tamat kursus?
Ya, kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin memulakan kerjaya sebagai barber atau membina perniagaan barber sendiri. Pelajar juga akan diberi pendedahan asas tentang dunia kerja dan bisnes barber.
10. Berapakah yuran kursus?
Yuran bergantung kepada pakej kursus yang dipilih. Sila hubungi pihak Real Barber Academy untuk maklumat yuran terkini.
11. Di manakah lokasi Real Barber Academy?
Real Barber Academy beroperasi di Kajang. Anda boleh hubungi kami untuk lokasi lengkap dan panduan ke akademi.
12. Adakah penginapan disediakan?
Ya, penginapan disediakan.
13. Berapa orang pelajar dalam satu kelas?
Jumlah pelajar adalah terhad bagi memastikan setiap pelajar mendapat bimbingan yang lebih fokus daripada tenaga pengajar.
14. Siapakah tenaga pengajar di Real Barber Academy?
Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam industri barber dan latihan praktikal.
15. Bagaimana cara untuk mendaftar?
Anda boleh mendaftar dengan menghubungi kami melalui WhatsApp, borang pendaftaran, atau datang terus ke Real Barber Academy.
16. Adakah saya perlu membawa model rambut sendiri?
Bergantung kepada sesi latihan. Pihak akademi akan memaklumkan sekiranya pelajar perlu menyediakan model untuk latihan praktikal.
17. Adakah kursus ini sesuai untuk wanita?
Ya. Kursus ini terbuka kepada lelaki dan wanita yang berminat untuk belajar kemahiran gunting rambut.
18. Adakah kursus ini sesuai untuk pelajar lepasan sekolah?
Ya. Kursus ini sesuai untuk lepasan sekolah, pencari kerja, pekerja yang ingin tukar bidang, dan sesiapa sahaja yang mahu belajar kemahiran baru.
19. Adakah saya boleh bayar yuran secara ansuran?
Kemudahan bayaran bergantung kepada terma semasa akademi. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
20. Bagaimana saya boleh hubungi Real Barber Academy?
Anda boleh hubungi kami melalui WhatsApp, telefon, media sosial, atau terus ke lokasi akademi untuk pertanyaan dan pendaftaran.