PROGRAM KOLABORASI YANG TELAH DIJALANKAN
Berikut merupakan sebahagian daripada program latihan, pembangunan kemahiran dan inisiatif komuniti yang telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama antara Real Barber Academy bersama NGO, syarikat korporat, yayasan dan agensi kerajaan.
BERMINAT UNTUK BERKOLABORASI?
Kami mengalu-alukan kerjasama daripada NGO, syarikat korporat, agensi kerajaan, yayasan serta organisasi yang ingin menaja atau menjalinkan kolaborasi bagi menyediakan latihan kemahiran gunting rambut kepada komuniti. Hubungi kami untuk berbincang mengenai peluang kerjasama yang boleh memberi impak kepada lebih ramai individu.
REAL BARBER BATTLE
27 Mac 2022 – kami telah menganjurkan pertandingan Real Barber Battle kategori Fastest Fade di KIPMALL Bangi. Pertandingan ini disertai oleh barber dari seluruh negeri seramai 42 orang. Barber battle merupakan satu pertandingan untuk menguji bakat seseorang barber untuk menghasilkan gaya rambut yang paling terbaik dalam masa yang sangat singkat (20minit). Ini merupakan program pertama yang telah kami jalankan selama 3 tahun beroperasi. Program ini juga telah ditaja khas oleh Andis dan Retrobee.
PROGRAM SKILL & CAREER(CSO) - JKMWPKL
1 Jun 2023 – Real Barber Academy telah mengadakan satu program latihan khas buat pelatih Perintah Khidmat Masyarakat(PKM). Seramai 16 orang pelatih telah menghadiri program ini. Program ini merupakan satu pendedahan awal tentang barbering yang di anjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL).
TAJAAN KHAS OLEH WAQAF AN-NUR DAN SSM UNTUK GOLONGAN ASNAF & B40
Untuk sesi ke-62 (September 2023), seramai 10 orang peserta dari golongan asnaf & B40 yang ditaja penuh oleh Waqaf An-Nur dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM). Selain menaja pakej advance, mobile tools kit juga turut diberikan kepada setiap peserta agar mereka terus dapat meningkatkan kemahiran dan potensi mereka. Pada hari terakhir kursus, Waqaf An-Nur juga menyediakan modul tambahan tentang Cara Mencukur Rambut Bayi.
PROGRAM LATIHAN KHAS - SEKOLAH TUNAS BAKTI SG BESI
2023 hingga Kini program latihan khas untuk pelajar-pelajar Sekolah Tunas Bakti Sg. Besi selama 14 hari. Program ini adalah untuk menambah serta meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar juvana ini agar mereka boleh menyara diri setelah tamat nanti. Program ini selari dengan matlamat Real Barber Academy, iaitu membantu masyarakat melalui kursus gunting rambut serta membentuk arah tuju di masa hadapan sebagai seorang pekerja dan usahawan barber yang berjaya. Program ini juga adalah sepenuhnya ditaja oleh Yayasan Habib.
PROGRAM LATIHAN KHAS - KURSUS PENDEDAHAN AWAL GUNTING RAMBUT (PUSPEN SG. BESI)
Real Barber Academy telah mengadakan satu program latihan khas untuk kali kedua bersama pelatih dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sg. Besi. Program ini merupakan satu pendedahan awal tentang barbering yang di anjurkan oleh Selangor Youth Community (SAY).
SOLOPRENEUR ESSENTIALS IN HAIR CUTTING AND HAIR STYLING - SESI 1 & 2
Program percuma ini dibawah Program Latihan MADANI (PLM) yang dibiayai oleh HRDCorp. Seramai 28 orang peserta yang menghadiri kursus yang dijalankan selama 5 hari untuk sesi pertama dan kedua. Program ini merupakan kerjasama Real Barber Academy dan Elite Career Centre.
PROGRAM LATIHAN KHAS - KURSUS KEMAHIRAN ASAS GUNTING RAMBUT (AADK MALAYSIA)
Program Latihan Khas – Kursus Kemahiran Asas Gunting Rambut anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Malaysia. Seramai 12 orang kakitangan AADK dari seluruh negeri telah menyertai program ini. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara Real Barber Academy dan United Interim Sdn. Bhd., bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas gunting rambut dalam kalangan peserta terpilih.
PROGRAM LATIHAN KHAS - KURSUS KEMAHIRAN ASAS GUNTING RAMBUT WANITA (AMANAH IKHTIAR MALAYSIA)
19 & 20 Julai 2025 – Program Latihan Khas – Kursus Kemahiran Asas Gunting Rambut Wanita anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Program ini telah disertai oleh 20 orang peserta dari AIM. Ini merupakan kursus gunting rambut wanita yang pertama telah kami jalankan. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik antara Real Barber Academy dan Kolej Komuniti Raub bertujuan untuk meningkatkan kemahiran asas gunting rambut dalam kalangan usahawan wanita AIM yang ingin menceburi bidang gunting rambut sebagai sumber pendapatan.
MODERN BARBERING CLASS
8 September 2022 – pihak Real Barber Academy telah mengadakan satu program latihan khas untuk alumni Real Barber Academy iaitu Modern Barbering Class. Program ini merupakan satu kolaborasi bersama Andis Malaysia. Program ini diajar sepenuhnya oleh Encik Wafie Zainal iaitu Andis Global Educator.